TEMPAHAN KINI DIBUKA

HARAP MAKLUM

SILA ISI BORANG TEMPAHAN UNTUK TEMPAHAN

ANDA AKAN MENERIMA MAKLUM BALAS DALAM TEMPOH 24 JAM

SETELAH ITU SILA BUAT PEMBAYARAN UNTUK SAYA MEMBUAT TEMPAHAN ANDA

PEMBAYARAN PERLU DIBUAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM SAYA MENJAHIT TEMPAHAN ANDA BAGI MEMASTIKAN ANDA TIDAK AKAN MEMBATALKAN PEMBELIAN

= HANYA PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA =

Tutorial Pack Jom Jahit Sendiri


Tutorial Cara Membuat Owl Keychain

Pack Jom Jahit Sendiri

Bahan dalam pack :
 - 1 pack fiber (untuk di isi dalam keychain burung hantu nanti)
 - 1 split ring
 - 2 manik hitam (untuk dijadikan mata)
 - reben (dah diikat)
 - kain felt yang dah digunting berbentuk burung hantu (termasuk badan,sayap,bahagian mata,dan paruh)


1.      Mula-mula ambil sekeping dari badan owl dan ambil satu sayapnya dan jahit.Gunakan jahitan jelujur.Jelujur halus ke,jelujur kasar ke...aiman tak kesah...hehehe.Dah siap jahit nanti akan jadi macam gambar kat atas..Kemudian ambil sayap yang satu lagi,dan jahit juga macam tadi.




2.      Langkah seterusnya ambil bentuk yang tiga segi kat dalam pack buat sendiri tue,yang kecik je.Tue mulut dia...Jangan pulak korang buang..huhuhu...untuk mulut dia,saya jahit jugak tapi boleh je nak guna gam.Gam UHU yerr...barulah kemas cikit dia lekat..


3.      Seterusnya ambil bahagian mata dia yang warna putih tu.Letakkan ditengah-tengah macam dalam gambar kat atas.Lepas tu jahit gunakan jahitan jelujur halus.
4.      

      
      Kemudian,ambil manik hitam dan jahitkan untuk jadi mata dia.Jahit kat tengah-tengah bahagian mata yang warna putih tue.Dah siap sebelah,buat sebelah lagi...Jadi macam gambar kat bawah.




5.      Kemudian,ambil reben yang jugak dah sedia untuk digunakan.Letakkan kat tengah-tengah kat atas kepala owl tadi dan selitkannya diantara kedua-dua belah badan owl.Masa nie,2 keping badan digunakan untuk bahagian depan dan belakang..Apa lagi,jahit la...saya gunakan jahitan insang pari.Selain itu boleh juga guna jahitan jelujur dan kemaskannya supaya nampak macam jahitan mesin.

6.      Kuatkan dulu jahitan bahagian reben untuk sangkut split ring nanti.Saya gunakan jahitan jelujur dan kemudian kemaskannya macam jahitan mesin untuk bagi dia kukuh sikit.Kemudian baru teruskan jahit di sekelilingnya dengan jahitan insang pari atau jelujur.








7.      Dah sampai separuh jahit tue,leh la berenti rehat jap...hehehe..tak de la.Teruskan jugak dengan memasukkan fiber kat dalam badan owl tue.Saya guna lidi untuk bagi dia masuk ke dalam dan bagi gemuk sikit owl tue.Fiber tue benda yang warna putih kat dalam plastik yang ada kat dalam pack tue.Isi la ikut suka korang..nak banyak ke,sikit ke...Kemudian teruskan menjahit sampai tertutup bahagian atas kepala owl tue..dah siap nanti jadi macam gambar kat bawah keychain owl korang tue..



8.      Dah pun siap..mudah jer..cute kan?


SELAMAT BERJAYA !!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Best Item

My Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Sila masukkan blog saya "http://creative-aksesori.blogspot.com" di "http://www.mybannermaker.com" untuk meletakkan banner saya di blog anda

Partner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!